Tutorial Photoshop

Tutorial Photoshop untuk Pemula(Beginner)-Background Blur 


Okkay selamat datang semua..Untuk kali ni aku nak buat tutorial pasal blur pada latar belakang(background blur)..kalau korang semua biasa menggunakan kamera kamera mahal seperti DSLR, kesan ni memang boleh dibuat ketika proses ambil gambar..tapi kalau korang hanya menggunakan kemera digital biasa yang hanya berharga RM250 je, mungkin kesan ni susah untuk dibuat ketika proses ambil gambar...jadi, apakah jalan penyelesaiaannya..??Photoshoplah.....hehe
Okkay, pada yang dah biasa dengan photoshop, cara ini adalah perkara yang biasa.. jadi janganlah nak kecah kecah,sebab aku nak tunjuk pada yang tak tau je..hehe

Untuk teknik blur ni, kita akan menggunakan Quick Selection Tool..Quick Selection Tool ni digunakan untuk memilih mana mana bahagian pada gambar yang nak korang edit..(untuk yang tak taulah)




Langkah Pertama
Gunakan Quick Selection Tool untuk memilih bahagian yang korang nak blurkan..




Tak  spesifik sangat pun takpe..sebab boleh diedit semula nanti..


Langkah Kedua
kemudian pergi ke Filter>Blur>Lens blur...
nanti akan keluar tetingkap seperti ini..korang akan nampak bahagian yang korang pilih tadi akan blur...kalau korang rasa dah puas hati dengan hasilnya, tekan je OK...tapi kalau rasa tak cukup blur, korang boleh adjust di bahagian Radius..adjustlah mengikut apa yang ada mahu..kalau nak lagi blur naikkan lagi Radius dia..kalau rasa macam blur sangat, kurangkanlah  Radius dia...



Langkah Ketiga
Kemudian, kalau masih ada bahagian yang tak terkena semasa korang menggunakan Quick Selection Tool tadi, korang boleh la touch up menggunakan Blur tool ataupun Sharpen Tool..


Hasilnya